oh tidak !




And if you cannot remain indifferent, you must resolve to throw your weight into that balance in which the fate and condition of man is weighed.
Lajos Kossuth










mari kita jogging !! haha jogging la sukan yang paling aku tak minat,,lari jarak jauh bukan bidangku,,suruh aku lari 100M semangat tu aku hehe .. tetapi weighing scale tu memeranjat aku !! argghhhhhhh tidakkkkkkkk ... berat aku dah naik 4 kg ! oh tidak,,uiiinah mati kitak !! aku rasa macam maintain rupa - rupanya naik haha apa lagi,,terpaksa la aku jogging huhuhu
setelah dipaksa makanya semalam isnin 19hb april 2010,,aku pun start la jogging,,adeh baru 2 round sudah semput - semput,,nampak sangat la dah tak fit, perasan kurus sangat kan aku nah ambik kau berat rupanya kaki nak angkat berjogging ni..pelan - pelan berjaya gak abiskan 2 round,,ingat nak buat 3 round,,karang pengsan sape lak nak angkat :p budget - budget kalau 3 kali seminggu jogging turun 8 kg bagus gak kan. ini target yang harus di capai ni. aku yakin aku boleh lakukan !!

A healthy attitude is contagious but don't wait to catch it from others. Be a carrier.

reading..


I've traveled the world twice over,
Met the famous; saints and sinners,
Poets and artists, kings and queens,
Old stars and hopeful beginners,
I've been where no-one's been before,
Learned secrets from writers and cooks
All with one library ticket
To the wonderful world of books.
~ Anonymous ~





abah yang bertanggungjawab ! abah lah yang mula - mula menanamkan minat membaca kat aku. sejak aku kenal ABC abah dah mula belikan macam - macam buku cerita kat aku. tiap - tiap bulan mesti dapat 2,3 buku cerita baru. best betul,,tidur pun bertemankan buku cerita. itu cerita masa budak - budak segala jenis buku aku suka.dari senipis 80 muka surat samapai setebal - tebal yang mampu,,lagi tebal lagi aku suka :) buku yang paling aku sayang masa kecik tajuk dia "aku budak kampung". sambil - sambil aku membaca sambil - sambil tu aku bayangkan. patutlah aku suka berangan :p  tapi aku dah tak jumpa buku - buku aku ni di kampung,,mana lak mak aku simpan ye ?? ke dah buang ??
bila dah besar - besar ni buku cerita dah jadi novel,,abah belikan ke ?? tak lah,,dah keje beli le sendiri haha kumpul pulak novel - novel,,sampai tak cukup tempat nak simpan,,siap pos la pulak ke kampung bagi adik baca..tapi bila datang hari - hari busy,,sempat tengok kulit buku je :( dulu aku malas baca novel english,,pening kepala aku tengok ayat - ayat puitis bombastic tu semua,,sampailah aku jumpa novel stephanie meyers hehe of course lah twilight the series :p laju la pulak aku abiskan ke empat - empat novel tu. lepas tu rajin la pulak aku search novel - novel english yang kategory light reading ni,,,makin lama makin datang minat aku kat novel english,,novel melayu layan lagi ke ?? layan lagi la jugak tapi topiknya masih sama, asyik percintaan majoritinye.tapi ada gak novel english yang liat betul aku nak abiskan,,ada yang laju je aku baca macam takde hari esok..baru aku tau,,aku membaca laju kalau novel tu ada vampire, faery err werewolf haha macam kanak - kanak betul. tapi aku suka baca sebab nak tengok macammana author nye olah cerita tu, for example : twilight ~ kita tau vampire vanish kalau kena cahaya matahari. dalam twillight vampire siap pi sekolah lagi haha interesting kan ;)

novel favorite aku :

nanti nak beli sambungan dia,belum sampai malaysia:




ni pun sama sambungan belum sampai malaysia :


twilght saga




yang ni lak kategori liat betul nak abiskan :




novel melayu lama dah stop beli,,banyak sangat lak nak share kat sini..agak - agak novel yang aku baca ni macam budak - budak ke ?? ah lantaklah janji aku membaca dan enjoy hehe..


A wonderful thing about a book, in contrast to a computer screen
is that you can take it to bed with you.

~ Daniel J. Boorstin ~

ketentuan..



Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )

Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
Surah Al-A'raf Ayat 34
Maksud ayat  34 :
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun"
Surah An-Nisaa' ayat 78
Maksud ayat 78:
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh"
Surah Al-Imran ayat 185
Maksud ayat :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat"

~credit to e-zakat~

tudung oh tudung ..

penat betul aku surf internet ni nak tgk stail - stail tudung macam mana orang pakai sekarang,,dah macam - macam stail,,kalau dulu pakai innocent jer rupa,,sekarang ni dah berlilit - lilit,, banyak lagi nama - nama tudung,,anak tudung yang dorang namakan,,pening kepala aku,,ada je nama dorang bagi ye,,anak tudung wardina,,anak tudung syria,,anak tudung itu lah,,ini lah.. (*_*) pening..pening..pening..

aku suka tengok heliza pakai tudung,,comel je rupanye kan..

kiut kan ??

selalu pakai tudung macam ni je ..
simple kan ? tiru yuna punya stail hehe

mana nak cari anak tudung macam heliza ni ? jadi surf punya surf punya surf,, jumpa lah jugak kat internet..butiknara.com :) kat tempat aku sekarang ni susah nak cari tudung - tudung yang kiut - kiut,,itu sebab aku beli online je.


kalau gi kerja aku pakai tudung bawal je,,tapi kalau jenjalan nak yang ringkas,,simple,,and tak payah susah nak iron hehe itu yang paling penting ye tak payah nak iron - iron lagi..akhirnya dapat juga aku idea macamana nak stail kan tudung - tudung yang banyak aku gantung dalam bilik,,bak kata hasben aku : "dah macam butik" hehe mulai esok aku akan teruskan pencarian menambah koleksi tudung - tudung,,selendang - selendang aku,,pasni aku dah boleh buka butik :p hehe..

sunburn ??

"Sunburn"

Come waste your millions here
Secretly she sneers
Another corporate show
A guilty conscience grows
I'll feel a guilty conscience grow
I'll feel a guilty conscience grow

She burns like the sun
And I can't look away
And she'll burn our horizons make no mistake

Come let the truth be shared
No-one ever dared
To break these endless lies
Secretly she cries

She burns like the sun
And I can't look away
And she'll burn our horizons make no mistake

And I'll hide from the world
Behind a broken frame
And I'll burn forever
I can't face the shame
And I'll hide from the world
Behind a broken frame
And I'll burn forever
I can't face the shame

sunburn ke ?? tak pun,,gelap sikit je hehe ni la jadinya kalau bertugas di padang,,tapi aku enjoy :) bukan selalu turun ke padang pun,,sekali sekala rasanya BEST ! dulu time sekolah,,time sukan aku ni tukang jaga aiskrim je haha tak minat olahraga,,main netball je rajin sebab tak payah susah - susah berlari hahaha tapi sekarang macam menyesal la pulak tak join olahraga..akibatnya sekarang kalau dapat peluang turun ke padang,,gembira hatiku :)